Wednesday, January 15, 2014

GEMUK ITU CANTIK...."FAT IS BEAUTIFUL"

"KECANTIKAN ITU SUATU YANG SUBJEKTIF, KALAU SEMUA MELIHAT KECANTIKAN HANYA PADA PARAS RUPA FIZIKAL, MENGAPA ADA YANG MEMILIH WANITA YANG CACAT SEBAGAI ISTERI?"

Saya masih teringat kata-kata seorang ustaz yang mengajar saya semasa di sekolah menengah. Kecantikan itu subjektif, bukan paras rupa menjadi ukuran walaupun mereka yang Allah berikan kecantikan fizikal sememangnya satu bonus. Namun tafsiran kecantikan itu sendiri berbeza-beza menurut pandangan masing-masing yang dipengaruhi oleh prinsip hidup, cara dibesarkan, pengalaman lalu, pegangan agama dan sociobudaya.

Di Nigeria, seseorang yang gemuk di anggap cantik. Ini kerana masyarakatnya berpendapat kedua ibu bapa mereka mempunyai kekayaan yang cukup untuk memberi makan anak-anak mereka. Perempuan yang gemuk mudah mendapat jodoh dan menjadi rebutan lelaki. Perempuan yang gemuk dianggap sihat dan dapat melahirkan anak yang ramai. Amat menarik bila masyarakat Nigeria beranggapan gemuk adalah cantik. Malah mereka mempunyai rumah khas di mana anak-anak perempuan mereka di hantar ke rumah penjagaan ini di bawah seliaan seorang penyelia untuk diberi pengetahuan tentang gemuk dan diberi makan supaya menjadi gemuk.

Berbeza pula isunya di Malaysia, masyarakat Malaysia menganggap gemuk itu hodoh dan terbukti dengan berbagai produk-produk pelangsinagn badan yang dipaparkan di papan-papan iklan seluruh negara, begitu juga majalah-majalah tempatan. banyak lagi negara yang mempunyai persepsi yang serupa dengan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ini. Apakah mungkin isu kegemukan ini telah menimbulakan lebih banyak isu psikologi seperti masalah pemakanan atau "eating disorder"? memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan atau induce vomiting adalah masalah ynag biasa di kalangan remaja.

Apa yang penting kehidupan mestilah seimbang dengan aktiviti fizikal. Badan yang sihat perlu untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar.


No comments:

Post a Comment