Thursday, October 3, 2013

Understanding the meaning of beauty

"CANTIK ITU ANUGERAH ALLAH, SEMUA MANUSIA ALLAH CIPTAKAN DENGAN KECANTIKAN YANG TERSENDIRI, MAKA BERSYUKURLAH"


Sengaja saya memberikan tajuk entri pertama saya ini dalam English untuk menarik lebih banyak trafik ke blog saya. Saya adalah seorang ibu kepada 5 orang cahayamata yang berumur antara 1 dan 13 tahun. Saya bangga mempunyai seorang suami yang sangat penyayang dan anak-anak yang bijak. Alhamdulilah kesemua anak-anak saya Allah berikan sempurna sifat fizikal dan mental. Mereka adalah permata hati saya.

Berbicara tentang "CANTIK", menurut emak saya semasa saya kecil saya amat comel hehehe. Kulit saya putih, badan saya montel dan mata saya sepet seperti orang cina sehinggakan ketua kampung di mana saya tinggal berkata secara berseloroh kepada emak saya "Bila dia besar nanti ni, tak nampak orang bujang ni...mata sepet sangat". Itu yang emak saya ceritakan kepada saya. Saya hanya tersenyum mendengarnya.

Masih saya teringat kenangan sewaktu saya bersekolah dulu, saya selalu merasa rendah diri lantaran saya datang dari keluarga yang kurang berada. Rasa rendah diri itu semakin menjadi lebih parah semasa saya berada di sekolah menengah. Saya pernah dipanggil dengan gelaran yang amat menyakitkan hati yang saya rasa tak sanggup nak menulisnya di sini lantaran wajah saya yang kelihatan begitu "serius". Nama saya juga pernah ditulis di atas meja kayu dalam kelas dengan gelaran yang serupa. MashaAllah masa tu malunya rasa, sedihnya Allah saja yang tahu. Kenapa mereka sanggup mengutuk saya sedemikian rupa.Sebagai seorang remaja, saya rasa amat "terkilan" kerana saya "tidak cantik". Setiap kali saya menilik wajah saya di cermin, saya akan senyum untuk memujuk diri bahawa saya sebenarnya "cantik", saya sebenarnya "manis". Adakalanya jika saya melewati bilik rakan-rakan di asrama yang ada menggantung cermin muka, saya akan berhenti dan melihat wajah saya sendiri. "Eh, rasa dah senyum dah tadi" itulah kata hati saya bila saya melihat wajah saya. Memang benar wajah saya masih masam mencuka walaupun saya rasa saya dah senyum!!! Oh patutlah orang kata saya "GONG", dan "SOMBONG". Walhal saya tak pernah berlagak sombong.


Dilema alam remaja


Sebenarnya nak menceritakan bagaimana alam remaja saya berkaitan isu "cantik". Bila saya bermonolog , saya selalu mengatakan "saya tak cantik" dan selalu mengadu pada Allah. Memang benar di alam remaja itulah antara perkara-perkara yang menjadi perhatian utama. namun saya sedar tidak ada apa yang boleh mengubah wajah saya. Allah itu maha adil. Saya cuba melontarkan perasaan rendah diri itu jauh-jauh. Namun hidup di alam remaja memanglah amat mencabar, bukan sahaja berperang dengan konflik remaja tetapi juga dengan beban pelajaran.


Disingkatkan cerita semasa di sekolah menegah, saya tak pernah mempunyai kawan lelaki yang menunjukkan minat terhadap saya. Pada ketika itu saya tidak nafikan perasaan cemburu itu wujud bila mendengar cerita-cerita "gossip" rakan-rakan tentang si A suka kepada si B. Terdetik di hati "kenapalah tiada pelajar lelaki yang suka kat aku?" Itulah alam remaja, mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dan alam "cinta monyet" telah bermula!

"Dulu, masa mula-mula Zila datang, memang akak chop Zila ni sombong, tapi sekarang baru akak nampak Zila ni sebenarnya amat peramah dan baik hati!" kata seorang kakak senior kepada saya.

Beliau adalah anak kepada bekas duta Malaysia ke luar negara. Saya selalu mengelak untuk berjumpa dengan dia sebab saya tahu latar belakang beliau. Rasa rendah diri sebab saya anak orang kampung sangat -sangat mempengaruhi pemikiran dan tindakan saya.

Tatkala saya mendengar pengakuan kakak senior saya ni, saya rasa seperti terkena kejutan elektrik.  Subhanallah, ada juga orang yang memerhatikan saya dan menyukai saya. Lama kelamaan kami menjadi kawan baik dan hubungan itu kekal sehingga kini. Saya telah mendapat "KECANTIKAN" saya pada masa itu dan ianya amat memberi kesan terhadap harga diri saya....alhamdulillah. Di sinilah bermulanya saya mengumpul "KECANTIKAN" saya yang ada jatuh bangunnya seperti orang mengumpul kekayaan.

Ikuti kisah selanjutnya bagaimana saya mengumpul "KECANTIKAN"  saya di entri akan datang.

TIPS KECANTIKAN 1

Fikiran
Sentiasa bersyukur kepada Allah bahawa kita dijadikan dengan sebaik mungkin, dan dalam setiap manusia yang Allah jadikan ada "kecantikan" istimewa yang tiada pada orang lain.

Fizikal
Pastikan kita sentiasa sihat dan bersih.
Saya menggunakan sabun marine bar yang sangat bagus untuk
merawat banyak maslah kulit seperti gatal dan ruam
- Mencerahkan ketiak dan segala pelipat!
- Mengurangkan kegatalan!- Mewangikan badan, tak perlu deodoran!

Sesuai untuk semua lapisan umur

  • mereka yang mempunyai masalah bau badan
  • remaja di luar sana...memang bau badan masalah utama
  • Mencerahkan pelipatan yang hitam seperti ketiak, celah peha, buku lali, lutut dan siku.


Mari gunakan Sabun ini untuk menghilangkan bau badan dan cari "Kecantikan" anda. Bila anda bersih dan tiada masalah bau badan, anda kelihatan "CANTIK" di mata orang lain juga diri sendiri!!

Baunya yang sangat wangi memang kekal sepanjang hari. Kandungan istimewanya adalah "GARAM BULUH" yang amat banyak kegunaanya.

Harga 1: RM35.00. Diskaun RM3 jika membeli pek 3 ketul: RM 102.00

Lagi bonus! hantarkan mesej  MARINE BAR COUPON ke 0148060230 untuk POS PERCUMA!!!!


Nice meeting you

Assalamualaikum,

Thank you for visiting my new blog. This blog is created as a platform for me to share "what I like to share" with all women outside there not as a lecturer or a psychiatrist but as a "woman, wife, mother and friend".I would like to share my knowledge about women in general, experiences as a doctor, psychiatrist, mother and wife to reach the true meaning of "BEAUTY". These experiences may be what you are looking for but you could not get it in a single hub. Aware about my advantage of being a doctor and psychiatrist, it is a great bonus for me to share my view on what BEAUTY really means. Thank you to my dear husband who encourages me to write as a way to share my knowledge.

My family photo during Hari Raya Aidilfitri 8 August 2013

My happy family